Dek kerana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini, satu gambar seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak yang menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp baru-baru ini di salah ertikan.
Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.
Tetapi seorang pengguna Facebook, Rozali Salleh, tampil memberikan kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Menurut Rozali Salleh, gambar itu sebenarnya diambil pada hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah di Sabah. Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia.
“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.
Artikel Panas Lain:
No Commend Yet "Kisah Sebenar-Benarnya Disebalik Murid Pakai Kotak Sebagai Beg Sekolah"
Post a Comment